π ππ₯π π§ππ₯π’ππ π£πππ¨ππ‘π π¦π§π₯ππ§ππππ πππππ ππ‘ππ¨π¦π§π₯π π¦ππ πππ’π‘ππ¨ππ§π’π₯
SELANGOR, 23 Mei 2026 β Timbalan Ketua Pengarah MARA, Ir. Dr. Mahzan bin Teh semalam telah mengadakan lawatan kerja ke ATSE Solutions Sdn. Bhd., sebuah syarikat semikonduktor milik Bumiputera yang mempunyai kepakaran dalam penyenggaraan dan penyelesaian masalah peralatan industri, selain pengujian, pematuhan, konsultasi serta pensijilan industri.
Lawatan tersebut memberi pendedahan terhadap keupayaan teknologi dan kemudahan pengujian milik syarikat yang dilengkapi sistem berteknologi tinggi bagi menyokong keperluan industri semikonduktor.
Dalam sesi berkenaan, pihak ATSE turut berkongsi peranan syarikat dalam pembangunan modal insan melalui penawaran latihan industri selama enam bulan kepada pelajar MARA, yang seterusnya membuka laluan kerjaya apabila graduan berjaya diserap bekerja di syarikat berkaitan industri seperti Infineon, Intel, Denso dan syarikat teknologi lain.
Inisiatif kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperkukuh penglibatan Bumiputera dalam sektor semikonduktor, di samping memperluas peluang pembangunan bakat berkemahiran tinggi bagi menyokong pertumbuhan ekosistem TVET negara yang lebih mampan dan berdaya saing.
Oleh: firusafira



