๐ ๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐ ๐๐ ๐๐๐จ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐ก ๐๐๐๐๐ง ๐ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐ง๐ฉ๐๐ง ๐๐ ๐๐๐๐ง๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐จ
RANAU, 23 Mei 2026 โ Datoโ Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dalam lawatan kerja ke GIATMARA Ranau meninjau pelaksanaan latihan kemahiran serta kemudahan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menjadi antara teras pembangunan modal insan berkemahiran tinggi di bawah ekosistem pendidikan MARA.
Lawatan tersebut turut memberi tumpuan kepada pelaksanaan latihan praktikal, fasiliti pembelajaran serta pendekatan latihan yang diterapkan kepada para pelatih dalam memastikan penyampaian pendidikan kemahiran kekal relevan dan memenuhi keperluan industri semasa.
Sesi berkenaan turut membuka ruang interaksi bersama tenaga pengajar dan warga GIATMARA bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan ke arah memperkukuh agenda pembangunan bakat negara.
MARA terus komited memperkasa agenda TVET sebagai pemangkin pembangunan modal insan berdaya saing melalui institusi pendidikan dan latihan di bawah seliaannya, sekali gus memperluas peluang pembangunan bakat serta meningkatkan kebolehpasaran generasi muda khususnya di Sabah.
Oleh: firusafira



