๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—›๐—ข๐—ช๐—–๐—”๐—ฆ๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ง๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐— ๐—˜๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”

penang

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2026 โ€“ Penang Showcase 2026 membuka tirainya hari ini di Medan MARA dengan menghimpunkan pelbagai produk usahawan, juadah ikonik Pulau Pinang, pameran serta pelbagai aktiviti menarik yang memberi peluang kepada orang ramai mengenali keunikan budaya, seni dan warisan negeri tersebut.

Program yang berlangsung sehingga 24 Julai ini turut menjadi platform kepada usahawan Bumiputera memperluaskan promosi dan pemasaran produk mereka, di samping menghubungkan mereka secara terus dengan pengguna.

Majlis perasmian Penang Showcase 2026 telah disempurnakan oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA yang turut melancarkan produk Daging KH keluaran Igloo Holding Sdn. Bhd., iaitu pengeluar daging shabu-shabu premium yang menawarkan pilihan daging lembu, kambing dan ayam.

Pelancaran produk tersebut mencerminkan komitmen MARA dalam menyokong pembangunan produk usahawan Bumiputera yang inovatif, berkualiti dan berdaya saing.

Sejurus selesai majlis perasmian dan pelancaran produk, beliau mengadakan sesi walkabout bagi menyantuni para usahawan dan pengunjung serta meninjau reruai pameran yang menampilkan pelbagai produk keluaran usahawan MARA.

Beliau turut meluangkan masa berinteraksi dengan para peserta bagi mendengar sendiri perkembangan perniagaan, berkongsi pandangan serta melihat potensi produk yang dipasarkan sepanjang showcase berlangsung.

Sepanjang hari pertama penganjuran, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan Penang Showcase 2026, antaranya pertandingan Ekspresi Mewarna Si Cilik, GM Food Festival, persembahan teh tarik dan Boria Pulau Pinang serta persembahan kumpulan muzik tempatan.

Pengisian yang pelbagai ini bukan sahaja menghidupkan suasana program, malah memberi pengalaman menarik kepada pengunjung yang hadir.

Antara yang menjadi tumpuan pengunjung ialah pelbagai produk makanan dan minuman, produk gaya hidup, kraf tangan serta promosi istimewa yang ditawarkan oleh usahawan sepanjang penganjuran program.

Sambutan menggalakkan yang diterima membuktikan Penang Showcase 2026 bukan sahaja menjadi platform pemasaran yang berkesan kepada usahawan, malah berjaya mengangkat keunikan budaya, warisan dan identiti Pulau Pinang kepada masyarakat.

Oleh: shafiz hamzah