๐— ๐—”๐—ฅ๐—” – ๐—ฆ๐—ช๐—œ๐—ง๐—–๐—›๐—ฃ๐—ฅ๐—ข ๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ, ๐—”๐—จ๐—ง๐—ข๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—”

mara

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2026 โ€“ Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini melancarkan Program Perantisan MARA-SWITCHPRO, sebuah inisiatif pembangunan bakat strategik berteraskan industri bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang elektrikal, automasi dan operasi pusat data untuk memenuhi keperluan sektor berteknologi tinggi yang berkembang pesat di Malaysia.

Program perantisan ini merupakan pendekatan pembangunan modal insan yang menghubungkan institusi latihan dengan industri melalui pengalaman pembelajaran di tempat kerja (work-based learning),sekali gus merapatkan jurang kemahiran (skill gap) antara pendidikan dan keperluan sebenar industri.

Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi peserta mengikut standard syarikat bertaraf antarabangsa, malah mengurangkan isu ketidakpadanan pekerjaan (job mismatch) dengan memastikan graduan memiliki kemahiran, pengalaman dan pensijilan yang benar-benar diperlukan oleh majikan.

Hasilnya, peserta berpeluang memperoleh pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan serta menawarkan prospek kerjaya dan pendapatan yang lebih kompetitif.

Program Switchboard & Electrical Integrated Technician Training (SWITCHPRO) merupakan latihan teknikal berstruktur yang menggabungkan pembelajaran teori, latihan amali, pendedahan kepada persekitaran industri sebenar serta pensijilan profesional daripada Schneider Electric Industries (M) Sdn. Bhd.

Berteraskan konsep Education with Employment dan Training-to-Employment,
program ini menyediakan laluan pembangunan bakat yang menyeluruh bermula daripada latihan, pensijilan profesional, penempatan industri sehingga kepada peluang pekerjaan.

Peserta turut mengikuti pendekatan Industry-Based Learning (IBL) bagi memastikan mereka menguasai teknologi terkini, amalan terbaik industri serta kompetensi yang memenuhi standard global dalam bidang elektrikal, automasi danoperasi pusat data.

Bagi menjayakan inisiatif ini, MARA telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bumi Perkasa Engineering Sdn. Bhd. (SIMATEC Industrial Training), Starlite Electrical Industries Sdn. Bhd. dan Advance Industrial Solutions Sdn. Bhd.

Kerjasama strategik ini membolehkan peserta mengikuti latihan berasaskan industri, memperoleh Sijil Kompetensi Schneider Electric yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, menjalani penempatan industri serta menikmati peluang pekerjaan yang lebih tersusun selepas tamat latihan.

Sebagai bukti keberkesanan program, seramai 18 peserta Kohort 1 telah berjaya menamatkan latihan dan akan menjalani penempatan industri sebelum diserap ke dalam pekerjaan oleh Schneider Electric Industries (M) Sdn. Bhd., Starlite Electrical Industries Sdn. Bhd. dan Advance Industrial Solutions Sdn. Bhd.

Pada masa sama, seramai 22 peserta Kohort 2 akan memulakan latihan pada Ogos 2026, manakala program ini menyasarkan penyertaan 200 peserta dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata Program Perantisan MARA-SWITCHPRO membuktikan bahawa kerjasama strategik antara MARA dan industri mampu menghasilkan model pembangunan bakat yang lebih berkesan, mampan dan berimpak tinggi melalui penyediaan kemahiran teknikal, pensijilan industri serta peluang pekerjaan kepada peserta.

Beliau berkata kejayaan sesebuah institusi pendidikan pada hari ini bukan lagi diukur berdasarkan jumlah graduan yang dilahirkan semata mata, sebaliknya sejauh mana graduan menjadi pilihan industri dan memenuhi keperluan sebenar pasaran pekerjaan. Inisiatif ini dijangka menyumbang kepada pembangunan ekosistem elektrikal, automasi dan pusat data negara, selaras dengan aspirasi Malaysia sebagai hab ekonomi digital dan teknologi berimpak tinggi.

Oleh: shafiz hamzah