π§π©ππ§ πππ‘π@ππππ§π ππ₯π πππππ§π πππ‘ππ₯ππ¦π π π¨ππ πππ‘πππ‘ ππ¨π‘ππ πππ ππππ₯ππ‘
PASIR GUDANG, 9 Julai 2026 β Pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) terus memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi keperluan industri serta menyokong pembangunan ekonomi negara.
Seiring usaha memperkasakan agenda TVET, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi menarik minat generasi muda untuk meneroka peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang kemahiran.
Selaras dengan hasrat tersebut, GIATMARA Negeri Johor menganjurkan program TVET GenZ@GIATMARA yang menghimpunkan kira-kira 200 pelatih GIATMARA dari seluruh negeri Johor di Golden House By Diva, Kota Masai.
Program ini menjadi platform interaktif untuk mendekatkan pelatih dengan pengurusan GIATMARA serta memberi pendedahan berkaitan laluan pendidikan, pensijilan dan prospek kerjaya dalam sektor TVET.
Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA telah menyempurnakan perasmian program TVET GenZ@GIATMARA yang menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap potensi pendidikan dan kerjaya dalam bidang kemahiran serta memperluas pendedahan mengenai ekosistem TVET negara.
Program ini turut menampilkan sesi bual bicara, sesi engagement dan soal jawab bersama ikon usahawan serta ikon kerjaya TVET yang berkongsi pengalaman dan inspirasi kepada para peserta. Pengisian tersebut bukan sahaja membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman industri, malah membantu meningkatkan keyakinan pelatih dalam merancang hala tuju kerjaya masing-masing.
Penganjuran TVET GenZ@GIATMARA dijangka dapat meningkatkan motivasi pelatih, mempererat hubungan antara pengurusan dan warga GIATMARA serta mengangkat imej TVET sebagai pilihan pendidikan yang relevan dan berdaya saing.
Inisiatif seumpama ini juga selaras dengan komitmen MARA dan GIATMARA dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
Turut hadir Datuk Musa Sheikh Fadzir, Pengerusi GIATMARA, Prof. (Adj.) Dato’ Dr. Norsabrina Mohd Noor, Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA, Ts. Ahmad Hamdi Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Encik Azizan Bedin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan dan Pembangunan GIATMARA, Ts. Haji Kamal Ahmad Ishak, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Khidmat Pengurusan GIATMARA, Encik A. Razu Abdul Razak, Pengarah MARA Negeri Johor dan Encik Abdul Muhib Abdullah, Pengarah GIATMARA Negeri Johor.
Oleh: suhaimie


