๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—œ๐—ก๐—๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐— ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ž๐—ฆ๐—œ๐—š๐—˜๐—ก ๐——๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก

mara

PEDAS , 28 APRIL 2026 โ€“ Peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam menyokong pembangunan usahawan tempatan terus diterjemahkan melalui kejayaan Bubbles O2 Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeluar air mineral beroksigen semulajadi yang kini semakin berkembang dan berdaya saing di pasaran.

Kejayaan syarikat ini menjadi contoh bagaimana sokongan ekosistem MARA, termasuk penyediaan fasiliti perniagaan di Taman Pengeluaran Produk Usahawan (TPPU), membantu usahawan mengembangkan operasi secara lebih tersusun dan berdaya maju.

Diasaskan pada tahun 2016 dan kini diterajui oleh Puan Ain Azizah Arifin serta Encik Abdul Aziz Arifin, Bubbles O2 Sdn. Bhd. berjaya muncul sebagai satu-satunya pengeluar air mineral beroksigen semulajadi di Malaysia. Produk keluaran syarikat ini turut berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk Brunei, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki telah meninjau sendiri operasi syarikat ini bagi melihat keberkesanan sokongan yang disalurkan, termasuk dari aspek kemudahan infrastruktur dan pembangunan keusahawanan.

Sepanjang sesi tersebut, beliau turut diberi taklimat mengenai keseluruhan rantaian pengeluaran produk bermula daripada sumber air di telaga sehingga ke proses pembotolan di kilang, sekali gus memperlihatkan potensi besar industri ini untuk terus berkembang.

Selain menyokong pertumbuhan perniagaan, kejayaan Bubbles O2 Sdn. Bhd. turut memberi impak kepada komuniti setempat melalui penyediaan peluang pekerjaan kepada lebih 200 penduduk tempatan serta sumbangan sosial kepada masyarakat, termasuk penglibatan bersama pelajar tahfiz Yayasan Al Ammar.

Pendekatan MARA yang menyediakan kemudahan, bimbingan serta ruang libat urus secara berterusan membolehkan usahawan bukan sahaja meningkatkan kapasiti pengeluaran, malah memperluas pasaran ke peringkat global.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi MARA dalam melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing yang mampu mencipta nilai tambah kepada ekonomi negara melalui konsep Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan (3P).

Oleh: shafiz hamzah