๐จ๐ก๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐๐: ๐๐ ๐ฃ๐๐ง ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐ ๐ฅ๐ฆ๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ ๐ฃ๐จ๐ง๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2026 โ KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah selaku Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah mencemar duli berangkat ke Majlis Pengurniaan Sijil Pandu Puteri Raja yang berlangsung di Istana Negara pada 27 April 2026.
Keberangkatan baginda diiringi oleh Yang Dipertua PPPM, Datoโ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan kepimpinan tertinggi persatuan tersebut.
Dalam majlis tersebut, empat pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah menerima Anugerah Pandu Puteri Raja 2026, iaitu pengiktirafan tertinggi dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).
Penerima anugerah ialah Balqish Amir dari MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka serta tiga pelajar dari MRSM Tun Dr Ismail, Johor iaitu Adelia Qaseh Ardini Ahmad Jani, Nur Syahira Dania Syahrizad dan Nur Amanina Hazirah Mohd Ali.
Anugerah ini diberikan kepada ahli yang menunjukkan kecemerlangan menyeluruh merangkumi kepimpinan, penglibatan aktif dalam kokurikulum serta sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan.
Pencapaian ini mencerminkan keupayaan pelajar MRSM dalam melahirkan generasi yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan.
MARA turut diwakili oleh Puan Khairiah Hasbullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah MARA merangkap Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan MRSM yang hadir menyaksikan majlis tersebut.
Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam melahirkan modal insan holistik selaras dengan aspirasi 60 tahun penubuhannya dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan generasi masa hadapan.
Oleh: shafiz hamzah



