๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐——๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š๐—ข ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—ช ๐—ญ๐—˜๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——

mara

SELANGOR, 9 JUN 2026 – Pisango Sdn Bhd terus melakar kejayaan dalam pasaran antarabangsa apabila melaksanakan Majlis Flag Off penghantaran produk ke New Zealand melibatkan sebanyak 1,155 karton produk berasaskan pisang hari ini.

Penghantaran tersebut merangkumi 578 karton Banana Fritters (Pisang Goreng) dan 577 karton Banana Rolls (Popia Pisang), sekali gus mencerminkan keyakinan pasaran antarabangsa terhadap kualiti produk tempatan serta keupayaan syarikat menembusi pasaran eksport.

Di bawah pimpinan Tunku Faris Tunku Khalil bersama Che Puan Juhaida Muda, Pisango berkembang daripada pengeluar produk berasaskan pisang kepada jenama makanan tempatan yang semakin mendapat perhatian di pasaran global.

Kejayaan syarikat turut dipacu menerusi penyertaan dalam Program Gate to Global (GTG) MARA yang membuka peluang kepada usahawan Bumiputera meneroka pasaran antarabangsa melalui pembangunan kapasiti, pemadanan perniagaan dan penyertaan dalam pameran perdagangan global.

Sebelum ini, Pisango turut mencatat pencapaian membanggakan di FOODEX Japan 2026, antara pameran makanan dan minuman terbesar di Asia. Susulan kejayaan tersebut, syarikat menerima pengiktirafan Best Sales Achievement, Foodex Japan 2026 sempena Sambutan Hari MARA Ke-60 di World Trade Centre Kuala Lumpur hasil prestasi cemerlang dan sambutan positif daripada pembeli antarabangsa.

Penghantaran ke New Zealand ini membuktikan bahawa produk tempatan berasaskan pisang mampu bersaing di pasaran global apabila didukung inovasi, kualiti produk yang konsisten serta strategi penembusan pasaran yang berkesan.

Sempena sambutan 60 tahun MARA, kejayaan Pisango turut mencerminkan hasil usaha berterusan MARA dalam membantu usahawan Bumiputera memperluaskan pasaran sehingga ke peringkat antarabangsa.

Oleh: shafiz hamzah