๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐—ž๐—” ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—”

mara

BANTING, 27 Jun 2026 โ€“ MARA terus memperkukuh agenda pembangunan modal insan bertaraf global menerusi penganjuran Sesi Mentoring Elite Universiti MARA 2026 yang menghimpunkan pelajar International Baccalaureate Special Track (IBST) dan A Level Fast Track (ALFT) bersama alumni daripada universiti terkemuka dunia seperti Massachusetts Institute of Technology (MIT), Harvard University, University of Oxford, University of Cambridge dan Stanford University, serta tokoh profesional yang menerajui pelbagai industri utama negara.

Program yang berlangsung di Dewan Al-Khawarizmi, Kolej MARA Banting ini menjadi platform strategik dalam membimbing pelajar memahami laluan ke universiti serta kerjaya bertaraf dunia melalui perkongsian pengalaman secara langsung daripada mentor yang telah berjaya menempuh laluan tersebut.

Program yang melibatkan 46 orang pelajar, terdiri daripada 30 pelajar A Level Fast Track (ALFT) dan 16 pelajar International Baccalaureate Special Track (IBST) ini memberi penekanan kepada pembentukan pemikiran global, kepimpinan, keyakinan diri serta aspirasi kecemerlangan.

Antara pengisian utama termasuk sesi amanat dan inspirasi, dialog interaktif bertemakan Membina Generasi Pemimpin Bertaraf Dunia, sesi pengenalan mentor serta Speed Mentoring yang memberi peluang kepada setiap peserta berinteraksi secara dekat dengan mentor mengikut bidang kepakaran dan minat masing-masing.

Melalui inisiatif ini, pelajar turut akan mengikuti bimbingan secara berterusan bersama mentor sepanjang tempoh pengajian mereka di institusi pendidikan MARA.

Ahli Majlis MARA, YBhg. Prof. Tan Sri Datoโ€™ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, berkata program berkenaan membuka ruang kepada pelajar untuk memperoleh pendedahan secara langsung terhadap pengalaman, cabaran dan strategi mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, dalam landskap dunia yang semakin kompetitif, kecemerlangan bukan sahaja bergantung kepada pencapaian akademik, malah memerlukan pemikiran global, daya tahan, disiplin serta keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan.

Beliau turut menggesa pelajar memanfaatkan sepenuhnya peluang bimbingan bersama mentor agar lebih ramai pelajar MARA berjaya melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia serta menjadi pemimpin masa hadapan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Oleh: firusafira