๐๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐ก๐๐๐ง ๐ช๐๐ฅ๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐ฃ๐๐ฅ๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ ๐ฆ๐จ๐ฃ๐๐ฅ ๐ฆ๐๐๐ข๐ข๐ ๐ฅ๐จ๐๐๐ฌ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Shah Alam, 27 Jun 2026 – Persaingan sengit antara pasukan ragbi sekolah terus menyemarakkan saingan Rugby Bawah 18 Tahun (Super School Rugby) 2026 apabila Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau (MRSMBP) dan Victoria Institution (VI) mempamerkan aksi penuh bertenaga dalam perlawanan separuh akhir di Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini.
Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman turut hadir menyaksikan perlawanan yang berlangsung dengan semangat kesukanan tinggi, sekali gus memberi sokongan kepada usaha membangunkan bakat atlet muda di peringkat sekolah.
Perlawanan berlangsung dalam suasana kompetitif apabila kedua-dua pasukan saling berbalas asakan sebelum Victoria Institution melakar kemenangan 34-27 untuk mara ke pentas akhir.
Program ini terus menjadi pentas kepada pemain-pemain muda menyerlahkan bakat, membina daya saing serta memupuk nilai disiplin, kepimpinan dan semangat berpasukan melalui sukan ragbi.
Oleh: hamli



