๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—š๐—ง๐—š ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—๐—”๐—ก๐—” ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ ๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐——๐—œ ๐—ž๐—œ๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

mara

SEOUL, 27 Jun 2026 – Penyertaan 10 usahawan Program Gate to Global (GTG) Majlis Amanah Rakyat (MARA), agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), dalam Korea Import Expo (KIE) 2026 yang berlangsung dari 23 hingga 25 Jun di COEX, di sini, berjaya menjana nilai perniagaan keseluruhan RM144 juta.

Penyertaan dalam KIE 2026 merupakan sebahagian daripada inisiatif MARA melalui Program GTG bagi memperluaskan akses pasaran eksport usahawan Bumiputera menerusi padanan perniagaan dengan pengimport, pengedar dan rakan strategik antarabangsa.

Usaha itu turut diperkukuh menerusi kerjasama strategik MARA bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), termasuk sokongan rangkaian perniagaan yang disediakan oleh MATRADE Seoul sepanjang penganjuran ekspo.

Seramai 10 usahawan GTG MARA menyertai pameran berkenaan iaitu Jalen Sdn. Bhd., Tokku Leko Sdn. Bhd., Munif Hijjaz Marketing Sdn. Bhd., Hijrah Nature Herbs (M) Sdn. Bhd., Chocsvalley Chocolate Sdn. Bhd., Najeehah International Sdn. Bhd., Pisango Sdn. Bhd., NIMS Adeliciousz Sdn. Bhd., Camaria Global Sdn. Bhd. dan Biofitrah (M) Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, dua Memorandum Persefahaman (MoU) turut dimeterai melibatkan Hijrah Nature Herbs (M) Sdn. Bhd. bersama BCMJ Global Co. Ltd. bernilai RM4.9 juta serta Pisango Sdn. Bhd. bersama Jachin F&B Inc. bernilai RM1 juta, sekali gus memperkukuh kerjasama dan membuka peluang pengembangan pasaran di Korea Selatan.

Program GTG MARA terus menjadi platform strategik dalam memperkasa daya saing usahawan Bumiputera untuk menembusi pasaran eksport, memperluaskan jaringan perniagaan antarabangsa serta meningkatkan nilai dagangan negara.

Oleh: hamli