๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐จ๐ ๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ก
JAWI, 27 Jun 2026 – Kualiti bimbingan kepada usahawan Bumiputera terus dipertingkat menerusi usaha MARA memperkasakan kompetensi pegawai barisan hadapan yang menjadi pemudah cara pembangunan usahawan di seluruh negara.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Akademi Kecemerlangan MARA (AKM) dan Institute for Sustainable Entrepreneurship Malaysia (ISER) telah menganjurkan Program Pemantapan Pegawai Sektor Keusahawanan MARA Peringkat Pertengahan โ Certified MARA Entrepreneurship Officer (CME) Intermediate Level Tahun 2026 yang berlangsung pada 23 hingga 26 Jun 2026 di Hotel Ixora, Pulau Pinang.
Program ini disertai Pegawai MARA Daerah (PMD) dan Penolong Pegawai MARA Daerah (PPMD) dari seluruh negara yang telah menamatkan CME Beginner Level.
Sepanjang program, peserta mengikuti sesi pembelajaran yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan sokongan Subject Matter Expert (SME) MARA.
Antara fokus utama ialah pembangunan kompetensi dalam aspek kepimpinan, pemikiran strategik, analisis perniagaan, pembangunan model perniagaan, komunikasi profesional serta pendekatan membimbing usahawan secara lebih sistematik dan berimpak tinggi.
Oleh: hamli



