Kami warga MARA sentiasa amanah dalam melaksanakan perkhidmatan yang berintegriti, berkualiti dan berkesan untuk memudahkan sistem penyampaian. Kami berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan seperti berikut:
- Keputusan permohonan pembiayaan perniagaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
- Keputusan permohonan kemudahan latihan keusahawanan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tutup permohonan.
- Keputusan permohonan sewaan premis perniagaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
- Keputusan permohonan pinjaman pelajaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh tutup permohonan.
- Keputusan permohonan kemasukan ke MRSM dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh pendaftaran.
- Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) melalui Sistem Pengambilan Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) dalam tempoh 14 hari dari tarikh tutup permohonan.
- Bil dan tuntutan dilunaskan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh dokumen diterima.
- Keputusan permohonan penjadualan dan penstrukturan semula bayaran balik pembiayaan perniagaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
- Keputusan permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
- Memaklumkan akuan terima aduan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Ulasan Terkini