INFO MARA

PROFIL

PIAGAM PELANGGAN MARA

Kami warga MARA sentiasa amanah dalam melaksanakan perkhidmatan yang berintegriti, berkualiti dan berkesan untuk memudahkan sistem penyampaian. Kami berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan seperti berikut:

  1. Keputusan permohonan pembiayaan perniagaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
  2. Keputusan permohonan kemudahan latihan keusahawanan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tutup permohonan.
  3. Keputusan permohonan sewaan premis perniagaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
  4. Keputusan permohonan pinjaman pelajaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh tutup permohonan.
  5. Keputusan permohonan kemasukan ke MRSM dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh pendaftaran.
  6. Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) melalui Sistem Pengambilan Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) dalam tempoh 14 hari dari tarikh tutup permohonan.
  7. Bil dan tuntutan dilunaskan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh dokumen diterima.
  8. Keputusan permohonan penjadualan dan penstrukturan semula bayaran balik pembiayaan perniagaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
  9. Keputusan permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
  10. Memaklumkan akuan terima aduan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.