๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ช ๐ง๐๐ก๐๐๐จ ๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐ง๐ฉ๐๐ง ๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐๐จ๐ง๐๐๐ ๐๐ซ๐ฃ๐ข ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
KUALA LUMPUR, 2 Mei โ Datuk Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini mengadakan sesi walkabout sempena MARA EduTech Expo 2026 yang berlangsung di Dewan Tun Razak 4, World Trade Center Kuala Lumpur.
Ketibaan beliau disambut barisan pengurusan tertinggi pendidikan MARA sebelum meninjau pelbagai zon pameran yang mengetengahkan evolusi pendidikan MARA, teknologi masa depan serta pencapaian institusi dan pelajar di bawah MARA.
Sesi walkabout tersebut merangkumi lawatan ke Time Tunnel, Industrial Solution Zone, E-Games Zone, Institution Product Showcase, Advance Technology Exhibition, Mini Pavilion, Edu Fair serta Be Skills GIATMARA.
Antara tarikan utama ialah pameran teknologi automasi, Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) yang memperlihatkan kesiapsiagaan graduan MARA menghadapi keperluan industri masa depan.
Selain itu, pengunjung turut didedahkan dengan peluang pendidikan dan latihan TVET yang ditawarkan institusi MARA termasuk hasil inovasi pelajar dan persediaan pelatih GIATMARA ke pertandingan WorldSkills Shanghai.
Oleh: suhaimi



