Aduan (SISPAA)
MyUsahawan
>>> Financing Application
>>> Course Application
PENGENALAN
Bahagian Sumber Manusia (BSM) adalah bahagian penting dalam menentukan saiz dan struktur organisasi MARA yang berorientasikan daya saing dan mengoptimumkan penggunaan sumber manusia. BSM bertanggungjawab menggubal dasar-dasar berkaitan sumber manusia, merancang dan membangun keperluan tenaga manusia bagi melahirkan anggota kerja MARA yang berkualiti dan berintegriti bagi mencapai objektif MARA.
Selain itu, BSM juga akan memastikan kebajikan anggota kerja MARA sentiasa terpelihara.
OBJEKTIF
PERANAN
PENGENALAN
Bahagian Kewangan (BKW) adalah satu bahagian yang unggul dan berintegriti tinggi, efektif dan efisien dalam perkhidmatan pengurusan kewangan dan perakaunan sektor badan berkanun. Visi BKW adalah meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan kewangan dan perakaunan bagi menepati keperluan pihak yang berkepentingan serta kehendak pelanggan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berkesan.
OBJEKTIF
PERANAN
PENGENALAN
Bahagian Pengurusan Aset & Perolehan (BAP) berperanan memastikan pengurusan perolehan, asset, fasiliti dan kontrak dilaksanakan mengikut prosedur dengan cekap, sistematik, selamat dan berintegriti untuk kelancaran operasi MARA.
OBJEKTIF
PERANAN
PENGENALAN
Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) berperanan sebagai pemacu dan penggerak utama ICT melalui infrastruktur teknologi terkini dalam menyediakan platform analisa maklumat yang berkualiti tinggi bagi memantapkan sistem penyampaian ICT MARA.
OBJEKTIF
PERANAN
PENGENALAN
Bahagian Binaan dan Selenggaraan ini berperanan dalam merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pengurusan pembinaan dan pengurusan selenggaraan, mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan keberkesanan fungsi bahagian mengurus projek fizikal MARA dalam memenuhi kehendak pengguna.
OBJEKTIF
PERANAN
PENGENALAN
Bahagian Pengurusan Risiko dan Inspektorat MARA (BPIN) berperanan sebagai bahagian yang menetapkan standard, garis panduan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Pengurusan Penilaian Risiko berpandukan Akta, Piawaian dan Dasar yang berkuatkuasa serta etika kerja untuk memastikan persekitaran dan ekosistem pusat pentadbiran MARA kondusif dan selamat.
OBJEKTIF
PERANAN
PENGENALAN
Bahagian Inovasi Dan Teknologi Kreatif (BITK), merupakan bahagian yang bertanggungjawab menerajui penggunaan teknologi kreatif & multimedia yang dapat menambah nilai kepada aktiviti organisasi melalui 4 teras strategik. Teras strategik tersebut adalah memberi perkhidmatan liputan media produksi dan multimedia, menyediakan perkhidmatan reka bentuk kreatif, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan memudahcara penggunaan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF
PERANAN
PENGENALAN
Bahagian Perancangan Strategik (BPS) bertanggungjawab menerajui usaha merangka dan menggubal dasar serta hala tuju MARA selari dengan aspirasi Kerajaan. Peranan ini meliputi urusan penyelarasan dasar, pengurusan dan penyelarasan bajet pembangunan, penyediaan perancangan jangka panjang dan jangka pendek, pemantauan pelaksanaan projek dan program MARA serta melaksanakan aktiviti kajian sosio ekonomi dan pembangunan.
OBJEKTIF
PERANAN
PENGENALAN
Bahagian Komunikasi Korporat (BKOM) berperanan dalam penjenamaan korporat MARA, penyampaian maklumat, pengurusan media dan krisis serta menyelaras program tanggungjawab sosial. Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, fokus diberikan terhadap penggunaan platform media sosial untuk memastikan maklumat dapat disampaikan secara tepat dan berkesan.
OBJEKTIF
PERANAN
PENGENALAN
MARA sentiasa memastikan tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan berada dalam keadaan cemerlang di samping mengamalkan hasil kerja yang efektif dan efisien. Pelaksanaan program dan aktiviti MARA adalah berdasarkan peraturan dan prosedur yang ditetapkan agar objektif dan matlamat program sampai kepada kumpulan sasar. Setiap dasar dan peraturan yang dikuatkuasakan akan memastikan akauntabiliti pegawai MARA sentiasa terpelihara. Bahagian Audit Dalam (AUD) bertanggungjawab melaksanakan pengauditan, memberi khidmat nasihat dan cadangan penambahbaikan bagi memantapkan tadbir urus korporat serta keberkesanan kawalan dalaman bagi pusat pentadbiran termasuk subsidiari MARA.
OBJEKTIF
PERANAN
AUD mempunyai tiga (3) fungsi utama untuk mencapai objektif yang ditetapkan iaitu :
LAIN-LAIN
Bidang Kuasa :
Bidang kuasa AUD adalah untuk menyiasat / menyemak apa jua aktiviti di bawah operasi MARA, syarikat MARA serta sekutunya dan mendapatkan apa jua maklumat yang diperlukan dari pegawai MARA, syarikat MARA dan sekutunya sama ada melalui semakan atas dokumen, temu bual atau apa cara yang sesuai bagi tujuan pengauditan. Sumber kuasa audit antaranya adalah seperti berikut :
PENGENALAN
Bahagian Perundangan berperanan memberi khidmat nasihat perundangan, mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang serta menyedia dan menguruskan segala dokumentasi dan suratcara perundangan bagi kegunaan MARA.
OBJEKTIF
Menjadikan Bahagian Perundangan sebagai pusat rujukan perundangan menerusi khidmat nasihat perundangan korporat dan tindakan penguatkuasaan undang-undang bagi memenuhi dan menjaga kepentingan MARA.
PERANAN
Perundangan Korporat
Litigasi
Kesedaran Undang-Undang
PENGENALAN
Unit Urus Setia Majlis MARA (UUM) telah ditubuhkan pada tahun 1966 mengikut syarat yang terkandung di dalam Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 yang bertujuan untuk memberi khidmat kesetiausahaan kepada Mesyuarat Majlis MARA dan Mesyuarat Jawatankuasa Di Bawah Majlis MARA
OBJEKTIF
Memastikan Mesyuarat Majlis MARA dan Mesyuarat Jawatankuasa Di Bawah Majlis MARA dilaksanakan mengikut Akta MARA dan kehendak stakeholder bagi membantu keberkesanan, pelaksanaan aktiviti serta pentadbiran MARA.
PERANAN
PENGENALAN
Sistem penyampaian yang cekap, berkesan, bersistematik dan berkualiti adalah kunci kejayaan pelaksanaan aktiviti teras MARA bagi mencipta dan menambah nilai kepada semua pemegang taruh. Unit Penyelaras komited untuk memastikan kecekapan dalam mengendalikan pentadbiran dan pengurusan organisasi dengan memastikan kecekapan ‘information flow’ dalam kalangan Pengurusan Tertinggi MARA, peringkat strategis, specialist dan semua pusat pentadbiran MARA.
OBJEKTIF
PERANAN
Memastikan penyelarasan Perwakilan Kuasa, penyaluran arahan dan penyelarasan mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan oleh Pengurusan Tertinggi MARA dapat dilaksanakan dan disalurkan dengan cekap dan sistematik.
PENGENALAN
Unit Penyelidikan & Inovasi MARA (UNI) ditubuhkan untuk menerajui bidang penyelidikan dan inovasi MARA. Justeru, UNI telah melaksanakan beberapa program pembudayaan inovasi dan pembangunan profesionalisme kepada warga MARA termasuk anak syarikat MARA.
OBJEKTIF
PERANAN
PENGENALAN
Penubuhan Unit Integriti merupakan usaha kawalan dalaman untuk menguruskan integriti di MARA. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:
OBJEKTIF
PERANAN
PENGENALAN
Bagi melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat, ia disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta pejabat-pejabat MARA Daerah. Ini secara langsung, dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian MARA keseluruhannya.
MARA juga beroperasi di luar negara iaitu di UK (London), USA (Washington), Indonesia (Jakarta), German (Frankfurt), Australia (Sydney), Ireland (Dublin) dan Mesir (Iskandariah) untuk membantu dan memantau komuniti MARA seperti pelajar-pelajar tajaan MARA di luar negara.
Laman Web ini menggunakan cookies untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web ini.
SetujuKlik SelanjutnyaWe may request cookies to be set on your device. We use cookies to let us know when you visit our websites, how you interact with us, to enrich your user experience, and to customize your relationship with our website.
Click on the different category headings to find out more. You can also change some of your preferences. Note that blocking some types of cookies may impact your experience on our websites and the services we are able to offer.
These cookies are strictly necessary to provide you with services available through our website and to use some of its features.
Because these cookies are strictly necessary to deliver the website, refusing them will have impact how our site functions. You always can block or delete cookies by changing your browser settings and force blocking all cookies on this website. But this will always prompt you to accept/refuse cookies when revisiting our site.
We fully respect if you want to refuse cookies but to avoid asking you again and again kindly allow us to store a cookie for that. You are free to opt out any time or opt in for other cookies to get a better experience. If you refuse cookies we will remove all set cookies in our domain.
We provide you with a list of stored cookies on your computer in our domain so you can check what we stored. Due to security reasons we are not able to show or modify cookies from other domains. You can check these in your browser security settings.
These cookies collect information that is used either in aggregate form to help us understand how our website is being used or how effective our marketing campaigns are, or to help us customize our website and application for you in order to enhance your experience.
If you do not want that we track your visit to our site you can disable tracking in your browser here:
We also use different external services like Google Webfonts, Google Maps, and external Video providers. Since these providers may collect personal data like your IP address we allow you to block them here. Please be aware that this might heavily reduce the functionality and appearance of our site. Changes will take effect once you reload the page.
Google Webfont Settings:
Google Map Settings:
Google reCaptcha Settings:
Vimeo and Youtube video embeds:
The following cookies are also needed - You can choose if you want to allow them:
Ulasan Terkini