INFO MARA
PROFIL
MARA ialah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diterajui oleh Ahli Majlis MARA yang dilantik oleh Menteri KKDW dan terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Setiausaha dan lapan orang anggota dengan dua orang dari mereka adalah dari kakitangan awam.
Ketua Pengarah MARA bertanggungjawab melaksanakan tugas mengikut kuasa eksekutif yang diperuntukan kepada beliau mengikut Akta MARA 1966. Tiga orang Timbalan Ketua Pengarah turut dilantik bagi menerajui pembangunan tiga sektor utama MARA iaitu Keusahawanan, Pelaburan dan Pendidikan dengan dibantu oleh barisan pengarah dan ketua unit yang bertanggungjawab melaksanakan operasi fungsi di peringkat Ibu Pejabat MARA. Hierarki organisasi MARA turut disokong dengan 14 buah Pejabat MARA Negeri (PMN) bersama Pejabat MARA Daerah (PMD) di setiap negeri, manakala terdapat lima pejabat MARA di luar negara iaitu di London,United Kingdom (UK), Washington D.C, Amerika Syarikat (USA), Frankfurt, Jerman, Sydney, Australia dan Iskandariah, Mesir.
Organisasi MARA turut diperkukuhkan lagi dengan 16 buah subsidiari yang peranan penubuhannya bertanggungjawab memajukan tiga teras sektor utama MARA.
Ulasan Terkini