SEKTOR KEUSAHAWANAN
PENGENALAN
Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) berperanan dalam mengendalikan program-program latihan keusahawanan MARA. Perlaksanaan program keusahawanan ini dibuat melalui Pejabat MARA Negeri dan Pejabat MARA Daerah di seluruh Negara.
OBJEKTIF
Membudaya, mewujud, meningkat dan mengukuhkan usahawan Bumiputera melalui latihan, galakan perniagaan, khidmat nasihat dan kerjasama strategik.
PERANAN
- Program Berstruktur
Program ini dilaksanakan secara stand alone atau berpakej termasuk Latihan Keusahawanan, Rancangan Perniagaan, Coaching, Penempatan Industri, Simulasi dan sebagainya meliputi aspek berikut:- Pembudayaan dan pewujudan
- Peningkatan dan pemantapan
- Pemerkasaan dan pengukuhan
Program latihan keusahawanan ini disasarkan kepada bakal usahawan dan usahawan di pelbagai tahap iaitu di peringkat usahawan Start up atau T3 (< 1 tahun), Protect atau Progressive (> 2 hingga 5 tahun) dan Scale Up atau Premier (5 tahun ke atas).
- Coaching dan Mentoring
Program Coaching dan Mentoring adalah perkhidmatan professional daripada industri / pakar perniagaan yang bertindak / berfungsi sebagai ‘pakar rujuk dan mentor’ berkaitan dalam bidang seperti di bawah :- Pembangunan & Kajian
- Pemasaran / Penjenamaan
- Perkhidmatan Konsultasi Profesional
- Kewangan / Perakaunan
- Persijilan dan Pemiawaian
- Teknologi , ICT dan Inovasi
- Khidmat Nasihat
Program Khidmat Nasihat adalah satu kemudahan yang disediakan oleh MARA kepada usahawan dan bakal usahawan dalam mendapatkan bimbingan dalam membangunkan usahawan. Program berbentuk outreach dan khidmat nasihat ini boleh diperolehi melalui 117 buah Pejabat MARA Daerah dan juga 14 buah Pejabat MARA Negeri. - Program Khas
Program–program khas yang dianjurkan di bawah Sektor Keusahawanan merupakan program yang dirangka untuk membangunkan usahawan dalam industri berpotensi secara berpakej. Program khas juga termasuk program keusahawanan bertemakan ‘Turun Padang’ yang memberi gambaran kepada aktiviti keusahawanan MARA secara keseluruhan dan holistik temasuk aktiviti pendidikan, pelaburan dan penglibatan subsidiari MARA.Program Khas yang dilaksanakan oleh Sektor Keusahawanan MARA melalui penglibatan Pejabat MARA Negeri (PMN), Pejabat MARA Daerah (PMD), Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan syarikat subsidiari MARA. Program ini adalah merupakan platform untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan betul kepada masyarakat luar bandar mengenai program-program keusahawanan di bawah MARA dan agensi-agensi keusahawanan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Antara program khas adalah seperti Program Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE), MERCU, HIT Barber, MARA in Fashion (MIF), Gate to Global (GTG), Beauty in Business (Biss).
PENGENALAN
Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) berperanan menyokong pembangunan ekonomi melalui penyediaan lot ruang niaga serta premis persekitaran yang kondusif, lengkap dengan kemudahan dan terletak di kawasan yang strategik serta komersial. BIK juga mewujud dan membangunkan peluang-peluang perniagaan dalam industri strategik melalui kerjasama dengan pemain industri automotif, makanan dan minuman, pembinaan, gaya hidup dan perkhidmatan. Penambahbaikan infrastruktur di Kawasan Industri MARA (KIM) bertujuan untuk pensijilan MESTI, HALAL dan Good Manufacturing Product (GMP) ke arah menjadikan KIM sebagai sebuah HALAL Park.
OBJEKTIF
- Membudaya, mewujud, meningkat dan mengukuhkan usahawan melalui aktiviti latihan, padanan perniagaan, khidmat nasihat dan kerjasama strategik.
- Mewujud dan membangunkan peluang-peluang perniagaan dan akses pasaran dalam industri terpilih ke arah melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berpendapatan tinggi.
- Menyediakan kemudahan premis perniagaan dan perusahaan di lokasi yang strategik dan sesuai di seluruh negara.
PERANAN
- Pembangunan Sektor
- Mengadakan kerjasama strategik bersama industri terpilih.
- Menganalisa keperluan pembangunan industri terpilih.
- Menyebar dan mempermudahkan akses pembangunan industri ke seluruh negara.
- Pembangunan Enterprise
- Mengakses portfolio enterprise bumiputera dalam industri bersasar.
- Meningkatkan kebolehupayaan enterprise melalui ekosistem MARA.
- Melebar luas pasaran enterprise di dalam dan luar negara.
- Biz Park
- Merancang, menyelaras dan mengawal selia urusan pembangunan premis perniagaan.
- Melaksana program pembangunan penyewa dan pengurusan aset perniagaan.
- Menjalankan pemantauan dan pengawal seliaan ke atas penyewa premis bagi memastikan dasar dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dipatuhi.
PENGENALAN
Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) berperanan menyediakan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera sebagai sokongan untuk memulakan / mengembangkan perniagaan di dalam pelbagai industri kecil dan sederhana. Skim Pembiayaan Perniagaan yang ditawarkan dikategorikan mengikut kumpulan sasaran, jenis perniagaan dan tujuan pembiayaan diperlukan. Had maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM1,000,000.00.
OBJEKTIF
- Memastikan kelestarian usahawan sedia ada, pertumbuhan perniagaan serta melahirkan usahawan baru yang berjaya dan inovatif.
- Melahirkan modal insan global dan berintegriti.
- Menyumbang kepada pemilikan ekuiti.
- Memudahkan sistem penyampaian.
PERANAN
Pembiayaan Perniagaan
- Memperkukuhkan Usahawan Korporat Bumiputera melalui program pembiayaan:
- Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA)
- Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)
- Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)
- Skim Pembiayaan Perniagaan Orang Kelainan Upaya (OKU)
- Skim Pembiayaan Perniagaan Bergerak (Mobile Business)
- Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)
- Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)
- Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
- Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya Usahawan Tekno (SPiM Tekno)
- Program Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN)
- Program MARA Integrated Smart Auto (MISA)
- Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB)
- Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
- Melaksanakan khidmat nasihat kepada pelanggan.
Pembangunan Produk
- Mengkaji dan menambahbaik produk dan proses pembiayaan sedia ada.
- Mengenalpasti, mengkaji dan mewujudkan produk atau program pembiayaan baharu.
- Mengadakan kolaborasi strategik dengan agensi-agensi di bawah KPLB, GLC, Institusi Kewangan dan lain-lain.
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Tarikh Kemaskini: 10 Oktober 2024 pada 15:21:03
Ulasan Terkini