SEKTOR PENDIDIKAN
PENGENALAN
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) melalui Bahagian Penganjuran Pelajaran(BPP) menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk melanjutkan pengajian di peringkat Persediaan, Diploma, Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah (PhD), Doktor Pakar dan Professional di institusi dalam dan luar negara tertakluk kepada tawaran program yang diiklankan oleh MARA dari masa ke semasa
Visi
Menjadi pengerak yang unggul dalam memperkasakan modal insan sejajar dengan keperluan negara.
Misi
Menguruskan program pengajian dan pinjaman pelajar dengan cekap, berkualiti dan berintegriti.
OBJEKTIF
Menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran kepada pelajar bumiputera yang layak pada pelbagai peringkat pengajian untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara dalam bidang keutamaan kepakaran negara
PERANAN
- Menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran MARA
- Menyediakan kemudahan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran
- Mengadakan Program Pembangunan Pelajar bagi pelajar tajaan MARA dalam dan luar negara
- Membuat pemantauan prestasi akademik dan kebajikan pelajar
- Membuat pemantauan ke atas IPT dalam dan luar negara
PENGENALAN
Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) bertanggungjawab merancang, mengawal selia aktiviti dan program yang dilaksanakan di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan berteraskan nilai murni, berkemahiran dan pengetahuan berorientasikan keusahawanan. Kolej Profesional MARA (KPM) menawarkan program-program peringkat diploma dan separa profesional. Manakala Kolej MARA (KM) pula menawarkan program-program pra-universiti sebagai persediaan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda universiti dalam dan luar negara.
OBJEKTIF
- Menyediakan program pendidikan tinggi yang berkualiti.
- Menyediakan peluang untuk membangunkan modal insan yang berteraskan nilai murni, berkemahiran dan berpengetahuan yang berorientasikan keusahawanan.
- Menawarkan program pengajian diploma, persijilan separa profesional dan prauniversiti.
PERANAN
- Pembangunan Pengajian
- Membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Tinggi berkualiti dan memenuhi keperluan industri yang menepati piawaian MQA.
- Melaksanakan kajian pasaran bagi meneroka keperluan pembangunan program pengajian baharu.
- Mewujudkan rakan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.
- Menjamin kualiti pendidikan berterusan di IPMA melalui sistem penilaian yang ditetapkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Pendidikan.
- Pembangunan Modal Insan
- Melaksanakan program kokurikulum untuk meningkatkan potensi dan bakat pelajar.
- Membangunkan sahsiah pelajar untuk menyediakan graduan yang berkemahiran dan berketrampilan.
- Pembangunan Sumber
- Menyediakan tenaga kerja yang kompeten untuk menjamin mutu perkhidmatan yang diberikan.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur dan infostruktur untuk mewujudkan suasana kampus kondusif dan menyeronokkan.
PENGENALAN
Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) merupakan salah satu bahagian yang ditempatkan di bawah Sektor Pendidikan MARA. Institut Kemahiran MARA yang telah beroperasi selama 5 dekad dengan fokus melahirkan modal insan yang mempunyai kompetensi berasaskan industri serta teknousahawan sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institut pertama di Melaka pada tahun 1968, Institut Kemahiran MARA (IKM) telah berkembang dan kini mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara. Manakala, pogram yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) yang kini berjumlah 10 buah dan 1 MARA-Japan Industrial Institute (MJII).
Kini IKM, KKTM dan MJII telah merentasi lima dekad serta terbukti berwibawa progresif mengikut peredaran teknologi semasa. Gugusan institusi MARA kini memberi tumpuan dalam pelbagai bidang pengkhususan di bawah 12 kluster pengajian meliputi automotif, alam bina, awam, bioteknologi, elektrik, elektronik, kejuruteraan bioperubatan, minyak & gas, mekanikal servis, mekanikal pembuatan, pemprosesan bahan dan seni & rekabentuk.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.tvetmara.edu.my
OBJEKTIF
- Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan industri dan teknousahawan.
- Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship).
- Pemangkin dalam revolusi teknologi industri bagi meningkatkan daya saing.
- Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik.
- Menjadi institusi pendidikan TVET yang di iktiraf di peringkat antarabangsa.
PERANAN
- Pelaksanaan dan pemantapan Pendidikan dan Latihan TVET di KKTM, MJII dan IKM
Pelaksanaan dan pemantapan Pendidikan dan Latihan TVET di KKTM, MJII dan IKM dimantapkan melalui dasar akademik, penyelarasan program dan kandungan kurikulum serta pengawalan kualiti pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di KKTM, MJII dan IKM agar mencapai graduan yang dikeluarkan selaras dengan visi dan misi MARA. Ini meliputi aspek;- Perancangan bentuk Kurikulum dalam klasifikasi Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Profesion, Teknologi, Kompetensi, Industri dan Teknousahawan bagi memenuhi standard program untuk keperluan industri serta perubahan teknologi.
- Perancangan dan pembangunan dasar berkaitan akademik dan pelaksanaan bagi semua klasifikasi program agar seiring dengan dasar dan keperluan pendidikan negara.
- Perancangan dan pengurusan pembangunan sumber pembelajaran yang melibatkan program sijil dan diploma di KKTM, MJII dan IKM.
- Mengkaji dan menggubal dasar pengujian dan penilaian bagi mencapai matlamat pembangunan kurikulum.
- Jalinan Kerjasama Industri Luar dan Antarabangsa
Pendidikan dan latihan yang berfokuskan industri diperkasakan untuk mengangkat imej KKTM, MJII dan IKM sebagai pusat pengajaran yang berasaskan industri bagi memperkenalkan produk-produk yang dikeluarkan oleh KKTM, MJII dan IKM.Pemerkasaan hubungan dengan industri sentiasa diteruskan dengan memperbanyakkan hubungan dua hala di antara institusi dan industri untuk memastikan kualiti graduan (supply) yang dikeluarkan adalah memenuhi keperluan industri (demand).
Selaras dengan inspirasi ini beberapa buat Pusat Kecemerlangan atau Industrial Center of Excellence (ICoE) telah diwujudkan dalam pelbagai bidang untuk memastikan KKTM, MJII dan IKM sentiasa ke hadapan dala menguasai pengajaran yang berteknologi terkini.Dengan pelaksanaan ICoE ini sekaligus memberi pendedahan industri kepada pelajar semasa di kampus. Pelaksanaan ICoE ini dilaksanakan mengikut niche KKTM, MJII dan IKM itu sendiri. Dengan pelaksanaan ICoE ini membuktikan fisiliti dan prasarana teknologi yang disediakan di KKTM, MJII dan IKM ada setaraf dengan kehendak industri.
Selain itu, jaringan kerjasama industri dipertingkatkan lagi dengan mewujudkan kepelbagaian klasifikasi persijilan bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan negara. Klasifikasi persijilan ini merujuk kepada keperluan-keperluan bidang dari pelbagai badan akreditasi, badan pentauliah, sijil profesional yang diiktiraf oleh industri.
Kepelbagaian persijilan diwujudkan bagi;
- Highly competent
- High Market Demand
- High Employability
- High Income
Sementara itu, Industry-Based Education and Training (IBET) merupakan asas kepada orientasi TVET MARA sebagai pemangkin kepada sistem pendidikan yang lebih fleksibel dan dinamik untuk meningkatkan mutu dan kualiti modal insan negara.
- Peneraju Teknousahawan Terunggul
Untuk memupuk kesedaran pelajar dalam bidang keusahawanan, MARA melalui institusi pendidikan MARA (IPMa) telah melaksanakan program kesedaran bermula di peringkat menengah iaitu di MRSM. Manakala di peringkat tertiari dan pengajian tinggi, MARA melaksanakan pelbagai program pembangunan keusahawanan melalui program inkubator, e-usahawan, siswa niaga, rintis niaga dan lain-lain program bagi melahirkan bakal-bakal usahawan.MARA telah memperkenalkan MARA Startup and Accelerator Edupreneur Model (MSEAD) bagi memperkukuhkan dan menyerlahkan potensi pendidikan keusahawanan MARA serta menyokong strategik usahawan MARA berteraskan kepada MOTO MARA iaitu Keusahawanan dan Pendidikan Global.
- Penjenamaan dan Promosi
- Penjenamaan merupakan elemen penting bagi memantapkan jenama TVET MARA bagi KKTM, MJII dan IKM agar menjadi pilihan terunggul di Malaysia.
- Meningkatkan imej dan persepsi masyarakat terhadap program dan latihan TVET sejajar dengan Revolusi Industri (IR4.0) negara.
- Meningkatkan kesedaran bahawa pendidikan dan latihan TVET sebagai pilihan UTAMA modal insan negara.
- Pelaksanaan program dan aktiviti ke arah penjenamaan KKTM, MJII dan IKM yang merangkumi segala bentuk hebahan ke media massa untuk meningkatkan imej dan keyakinan orang ramai terhadap TVET.
PENGENALAN
Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) berperanan menjadikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia. BPM juga menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
OBJEKTIF
- Melahirkan pelajar yang unggul dari segi sahsiah, kurikulum dan kokurikulum.
- Melaksanakan sistem pengurusan yang efisien dan berintegriti.
- Meningkatkan prasarana bagi menyokong operasi MRSM agar sentiasa cekap dan berkesan.
- Mewujudkan suasana yang kondusif kepada guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
PERANAN
- Pembangunan Kurikulum
- Merangka dan merancang kurikulum yang terkini selaras dengan perkembangan pendidikan abad ke-21.
- Merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan pentaksiran dan peperiksaan semester, awam dan luar negara.
- Menganalisis keputusan dan melaksanakan penilaian peningkatan pencapaian pelajar di semua maktab.
- Pembangunan Pelajar
- Merancang, mengurus sistem pengambilan pelajar baharu mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Merancang, mengurus, melaksanakan dan memantau program pembangunan pelajar bagi meningkatkan keyakinan diri, kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, kreativiti dan inovasi.
- Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program pembangunan bakat di seluruh maktab.
- Menyertai program dan pertandingan dalam dan luar negara bagi meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, keyakinan diri, kreatif dan inovatif.
- Kemudahan dan Perkhidmatan
- Merancang dan mengurus sumber kewangan, pentadbiran dan sistem pengurusan dengan cekap dan berkualiti.
- Pembangunan Profesionalisme
- Merancang dan menyelaras latihan serta program pembangunan professional untuk peningkatan kompetensi warga kerja BPM dan MRSM.
- Menyelaras kursus dan pembangunan profesionalisme untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
- Membangunkan kepimpinan dalam pendidikan.
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Tarikh Kemaskini: 1 Disember 2023 pada 10:52:53