SOALAN LAZIM

KEMASUKAN KE MRSM 2020

SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE MRSM 2020

Permohonan

Iklan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 dikeluarkan serentak pada 8 September 2019 melalui akhbar utama di seluruh negara. Makluman juga disiarkan di dalam portal rasmi MARA.

Tidak boleh.

Calon boleh mendapatkan kata laluan secara atas talian. Kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar semasa permohonan kata laluan. Mohon rujuk panduan permohonan terlebih dahulu.

Syarat UMUM

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mestilah membuat permohonan secara atas talian.
  4. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  5. Calon mestilah sihat tubuh badan.
  6. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Syarat KHUSUS

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

Pemohon akan menerima pop up ”permohonan telah berjaya dihantar” sejurus selepas menekan butang hantar dan sila cetak selepas permohonan dihantar.

30 November 2019.

Pemohon hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan sistem akan memaparkan secara automatik nama dan angka giliran peperiksaan. Pemohon hanya perlu memasukkan emel dan nombor telefon bimbit untuk mendapatkan kata laluan.

Kemaskini boleh dibuat sehingga tarikh tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Permohonan yang telah dihantar juga masih boleh dikemaskini oleh pelajar.

Tidak perlu. Calon hanya perlu emelkan maklumat lengkap pelajar dan alamat emel yang betul untuk dikemaskini kepada pengambilanmrsm@mara.gov.my.

Calon boleh menghubungi unit HEP di talian 0326134531/34532/34533/34516/ 34517/34578 untuk pengesahan kata laluan atau emel kepada pengambilanmrsm@mara.gov.my.

Boleh, salah seorang ibu atau bapa mestilah warganegara. Bagi permohonan yang menggunakan nombor passport (bukan nombor kad pengenalan) perlu lengkapkan 12 digit pada ruangan kad pengenalan dengan menambahkan digit kosong (0) di belakang nombor passport. Contoh: 321567000000

Jika terdapat masalah untuk mendapatkan kata laluan dan keluar popup message  ‘Maaf tiada maklumat’, sila hantarkan email kepada admin dengan menyertakan salinan Surat Beranak calon, salinan ic Kad Pengenalan calon dan Slip Menduduki UPSR/PT3 kepada  pengambilanmrsm@mara.gov.my . Bagi kes calon yang lahir pada atau selepas 2 Januari 2008, sila email dokumen tambahan iaitu Kebenaran Masuk Tahun 1 (2014) di Sekolah dan Kebenaran Menduduki UPSR Tahun 2019.

Tidak, hanya permohonan secara atas talian akan diproses.

Salinan tidak perlu dihantar ke Bahagian Pendidikan Menengah. Walau bagaimanapun pelajar perlu membuat cetakan untuk simpanan dan rujukan masa hadapan.

Tawaran

Bilangan tawaran bergantung kepada kekosongan sehingga tarikh akhir pada 30 April 2020.

Boleh, tetapi tawaran kepada pemohon yang berjaya adalah berdasarkan kekosongan MRSM yang dipilih.

Tidak boleh. Tawaran MRSM adalah melalui Bahagian Pendidikan Menengah MARA sahaja. Kekosongan MRSM adalah SULIT dan pihak ibu bapa tidak dibenarkan untuk memperolehi data kekosongan ini dengan apa cara sekalipun.

Rayuan akan dipertimbangkan setelah keputusan semakan diperolehi dengan syarat pemohon telah menghantar permohonan atas talian semasa tempoh permohonan dibuka.

Tidak perlu.

Tidak benar. Pemohon boleh mendapat mana-mana tawaran berdasarkan merit.

Tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 MRSM kebiasaannya dijangka pada bulan Januari 2020.

Status permohonan sama ada berjaya atau gagal boleh disemak melalui portal rasmi MARA selepas keputusan kemasukan diumumkan.

Tidak boleh. Markah ujian khas adalah sulit.

Selepas keputusan UPSR diumumkan dan calon yang memenuhi syarat ujian khas sahaja akan dihubungi melalui emel atau sms.

Calon yang memilih program SPMRSM ULUL ALBAB sahaja dan memenuhi syarat untuk panggilan Ujian Khas.

Tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 4 MRSM kebiasaannya dijangka bermula pada :

  1. Pendaftaran pertama – bulan Februari.
  2. Pendaftaran kedua – bulan Mac.

MERIT merangkumi syarat Umum dan syarat Khusus yang telah dinyatakan di dalam iklan kemasukan 2020, iaitu:

Syarat UMUM

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mestilah membuat permohonan secara atas talian.
  4. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  5. Calon mestilah sihat tubuh badan.
  6. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Syarat KHUSUS

  1. Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Hanya pelajar yang memohon program PKP perlu menduduki ujian UKKM.

Tidak. Mohon berhubung dengan Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk semakan terlebih dahulu.

Peminjam perlu menyelesaikan tunggakan untuk proses pemutihan pinjaman. Peminjam perlu memaklumkan Bahagian Kawalan Kredit MARA dengan menyertakan bukti pembayaran sebagai pengesahan bayaran telah dibuat.

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad.

Semakan perlu dibuat dimaktab masing-masing selepas minggu ketiga bulan Januari 2020.

Sila rujuk buku panduan selepas menerima tawaran kemasukan.

Sila rujuk buku panduan selepas menerima tawaran kemasukan.

Rayuan

Pemohon yang tidak berjaya boleh merayu menggunakan e-rayuan secara atas talian. Walau bagaimanapun, pemilihan kepada calon yang merayu masih tertakluk kepada merit pemohon dan kekosongan.

Calon-calon yang tidak mendapat tawaran selepas 30 April (tahun berkenaan) adalah dianggap TIDAK BERJAYA. Pemohon juga boleh menghubungi pihak kami di talian 03-26134531/34532/34533/34516/ 34517/34578/35073.

Program MRSM

MRSM Kota Putra (2009), MRSM Gemencheh (2010), MRSM Kepala Batas (2011), MRSM Sungai Besar (2015) dan MRSM Semporna (2019) bagi pengambilan ke Tingkatan 1 sahaja.

Pelajar yang tidak berjaya ke Program Ulul Albab / program IGCSE akan ditawarkan ke MRSM Program yang lain berdasarkan merit keutamaan kepada piliha ”setuju ditempatkan ke mana-mana MRSM” semasa permohonan dibuat.

International General Certificate of Secondary Education yang dilaksanakan di MRSM Tun Abdul Razak Pekan, MRSM Johor Bahru, MRSM Baling, MRSM Alor Gajah, MRSM Kuala Klawang, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Kubang Pasu, MRSM Tumpat, MRSM Serting, MRSM Kuching, MRSM Kuantan, MRSM Langkawi, MRSM Batu Pahat dan MRSM Parit.

Program IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidikan MRSM sedia ada. Pelajar akan mengikuti subjek teras seperti mana MRSM Premier dengan penambahan bahasa ketiga (Perancis, Jepun dan Mandarin) dan akan mengambil peperiksaan Cambridge Secondary 1. Seterusnya pelajar akan mengambil peperiksaan Cambridge Secondary 2.

Program International Baccalaureate-Middle Years Programme (IBMYP) mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dan mengaplikasikan pendekatan MYP dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.

Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal dari Tingkatan 1 hingga 3. Kesinambungannya diteruskan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pelajar ditawarkan dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.