SOALAN LAZIM

BAHAGIAN INFRASTRUKTUR KOMERSIAL

SOALAN LAZIM PREMIS PERNIAGAAN MARA

Pemohon perlu mengemukakan borang permohonan penyewaan premis perniagaan melalui Pejabat MARA Daerah / Pejabat MARA Negeri yang terhampir dengan premis perniagaan yang berkenaan.

Borang permohonan sewa boleh didapati di semua Pejabat MARA Daerah / Pejabat MARA Negeri.

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia dan Bumiputera.
  • Berumur di antara 18 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan.
  • Mempunyai lesen/daftar perniagaan Suruhanjaya Syarikat (SSM) atau Tatacara Perlaksanaan Syarikat/Memorandum & Association (M&A) bagi Syarikat Sdn. Bhd
  • Bebas dari rekod Senarai Hitam (CTOS)
  • Tidak muflis
  • Kesesuaian dan daya maju perniagaan / perusahaan yang dicadangkan

Antara premis perniagaan yang disediakan oleh MARA di seluruh Malaysia termasuklah :

  • Bazar
  • Arked
  • Lot Komersial
  • Kawasan Industri MARA- KIM (Lot Industri)
  • Halal Park (Lot Industri)

Untuk mengetahui kadar sewa yang dikenakan perlu rujuk Pejabat MARA Daerah/ Pejabat MARA Negeri yang terdekat dengan premis perniagaan tersebut.

Tempoh penyewaan asas adalah selama 3 tahun. Penyambungan tempoh penyewaan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada prestasi bayaran sewa serta prestasi perniagaan yang dijalankan.

Pemohon yang memehuhi kriteria akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga terlebih dahulu. Surat makluman keputusan permohonan akan dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh temuduga.