๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—œ๐—ฃ๐— ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—š๐—ฅ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

mara

Kuala Lumpur, 20 Mei 2026 – Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA 2026 Sidang Empat berlangsung penuh bermakna sebagai medan meraikan kejayaan 935 graduan daripada Kolej Profesional MARA Bandar Melaka serta TVETMARA Jasin, Sungai Petani dan Sri Gading.

Sidang yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA, yang turut menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa, pensyarah dan seluruh warga MARA atas sokongan berterusan dalam membentuk kejayaan para graduan.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa graduan masa kini bakal berdepan dunia pekerjaan yang semakin mencabar dengan perkembangan kecerdasan buatan, automasi, ekonomi digital dan persaingan bakat global. Beliau turut mengingatkan bahawa sijil dan diploma perlu disertai kemahiran sebenar, daya tahan, integriti serta kesediaan untuk terus belajar bagi memastikan graduan kekal relevan dan berdaya saing dalam industri.

Sidang Empat turut menjadi pentas meraikan kecemerlangan pelajar dan institusi pendidikan MARA yang terus mencatat pencapaian di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Antara kejayaan membanggakan termasuk pencapaian pelajar Kolej Profesional MARA Bandar Melaka dalam bidang inovasi perniagaan dan industri halal, selain kejayaan TVETMARA Sri Gading serta TVETMARA Sungai Petani dalam pertandingan teknikal dan inovasi antarabangsa.

Kecemerlangan ini membuktikan komitmen MARA dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi, profesional, inovatif dan mempunyai nilai kepimpinan yang kukuh.

Datoโ€™ Zulfikri turut mengingatkan graduan agar sentiasa membawa nama MARA dengan penuh tanggungjawab serta menjadikan kejayaan yang diraih sebagai amanah untuk terus menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Beliau menegaskan bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar pencapaian kerjaya, tetapi bagaimana graduan mampu memanfaatkan ilmu, memegang integriti dan memberi nilai tambah kepada kehidupan insan lain.

Oleh: firusafira