๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐ก๐ & ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ฆ – ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐ (๐๐๐ ๐) ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐
Melaka, 20 Mei 2026 โ Para usahawan diseru agar terus berani melangkah ke hadapan, merebut peluang serta bersedia melakukan perubahan dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif dan bergerak pantas.
Menurut YB Datuk Fairul Nizam Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Negeri Melaka, usahawan Bumiputera perlu mengubah minda daripada berniaga untuk kelangsungan hidup kepada membina perniagaan yang mampu berkembang, mencipta peluang pekerjaan dan memberi impak kepada masyarakat.
โDalam era hari ini, usahawan perlu pantas menyesuaikan diri, kreatif dan berani mengambil peluang berdasarkan situasi serta keperluan semasa, di samping peka terhadap aspek penjenamaan, inovasi dan teknologi digital dalam memasarkan produk mereka,โ katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) 2026 Peringkat Negeri Melaka di sini hari ini, anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.
Tambah beliau, program yang menghimpunkan barisan kepimpinan MARA, tokoh perniagaan, usahawan serta komuniti setempat melalui pelbagai sesi perkongsian amat bertepatan dalam memperkukuh agenda ekonomi dan keusahawanan Bumiputera.
โProgram ini juga menjadi platform strategik dalam memperluas jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu melalui sesi forum bagi memperkasa serta memotivasikan usahawan yang hadir untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka,โ katanya lagi.
Justeru, beliau berharap agar semua peserta mengambil kesempatan untuk mengumpul maklumat serta menimba pengalaman melalui sesi yang telah disusun, seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut ke arah melonjakkan lagi perniagaan masing-masing.
Antara pengisian program ialah Bual Bicara Kepimpinan dan Agenda Keusahawanan; โThe Founders Circle: Dari Jenama Biasa ke Ikon Pasaran โ Membina, Mengukuh dan Menskalakan Jenama dalam Realiti Pasaran Hari Iniโ; serta Sembang Santai Inspirasi bersama Datuk Chef Wan.
Turut hadir ke program tersebut ialah Encik Zahari Aziz, Timbalan Ketua Pengarah MARA; Encik Norsyahrin Hamidon, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia; Encik Amirhamzah Karim, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia; Encik Shah Zulmizan Safar, Pengarah MARA Negeri Melaka; serta Tuan Haji Farosham Naizamohideen, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka.
Oleh: hamli



