๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—œ๐—ฃ๐— ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—š๐—ฅ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”

mara

Kuala Lumpur, 20 Mei 2026 โ€“ Sidang Utama Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2026 TVETMARA dan Kolej Profesional MARA yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang.

Sidang utama ini menjadi medan penghargaan kepada graduan MARA yang berjaya menamatkan pengajian, selain mengangkat kecemerlangan institusi pendidikan MARA dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri semasa.

Seramai 46 penerima anugerah telah diraikan merangkumi Anugerah Graduan Cemerlang, Anugerah Graduan Keusahawanan Cemerlang, Anugerah Khas Industri atau Badan Profesional serta Anugerah Graduan Terbaik dalam sidang utama ini sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik, keusahawanan, kepimpinan dan pencapaian profesional graduan.

Dalam ucapan perasmian, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang menegaskan bahawa para graduan perlu bersedia mendepani cabaran dunia pekerjaan yang dipacu kecerdasan buatan, automasi dan teknologi digital, selain memiliki kemahiran sebenar, sikap profesional serta keupayaan untuk terus belajar.

Beliau turut menekankan bahawa pendidikan MARA terus relevan dan memenuhi keperluan industri serta negara. Katanya, โ€œBuktikan bahawa pendidikan MARA bukan hanya melahirkan insan yang berilmu dan berkemahiran, tetapi juga membentuk generasi yang berakhlak, berdisiplin serta memiliki integriti yang tinggi.โ€

Sidang utama ini turut menjadi simbol kejayaan pendidikan MARA dalam melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara pada masa hadapan.

Oleh: firusafira