๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ข๐ก๐ฉ๐ข๐๐๐ฆ๐ฌ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐จ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐
Kuala Lumpur, 19 Mei 2026 – Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA 2026 membuka tirai Sidang Satu hari ini 2026 di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur dengan meraikan kejayaan seramai 927 orang graduan dari Kolej Profesioanl MARA (KPM) Beranang, TVETMARA Rembau, MJII dan Bintulu.
Sidang ini disempurnakan oleh YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Majlis MARA yang turut menyampaikan amanat kepada graduan agar terus melangkah sebagai generasi berilmu, berkemahiran, berintegriti dan bersedia mendepani cabaran dunia pekerjaan masa kini.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kejayaan graduan hari ini lahir daripada โkeberanian untuk bermula, kesungguhan untuk bertahan dan keazaman untuk menamatkan apa yang telah dimulakanโ.
Beliau turut mengingatkan graduan bahawa menjadi anak MARA bukan sekadar menerima sijil, tetapi membawa amanah untuk terus berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Majlis ini turut menjadi simbol pengiktirafan terhadap usaha, disiplin dan pengorbanan para graduan sepanjang tempoh pengajian di Institusi Pendidikan MARA. Kejayaan graduan bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan pendidikan MARA, malah membuktikan keupayaan graduan memenuhi kehendak industri serta menyumbang kepada pembangunan negara melalui bidang profesional, teknikal, inovasi dan keusahawanan.
Oleh: firusafira



