𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗚𝗘𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚
Kuala Lumpur, 19 Mei 2026 – Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA 2026 membuka tirai Sidang Satu hari ini 2026 di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur dengan meraikan kejayaan seramai 927 orang graduan dari Kolej Profesioanl MARA (KPM) Beranang, TVETMARA Rembau, MJII dan Bintulu.
Sidang ini disempurnakan oleh YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Majlis MARA yang turut menyampaikan amanat kepada graduan agar terus melangkah sebagai generasi berilmu, berkemahiran, berintegriti dan bersedia mendepani cabaran dunia pekerjaan masa kini.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kejayaan graduan hari ini lahir daripada “keberanian untuk bermula, kesungguhan untuk bertahan dan keazaman untuk menamatkan apa yang telah dimulakan”. Beliau turut mengingatkan graduan bahawa menjadi anak MARA bukan sekadar menerima sijil, tetapi membawa amanah untuk terus berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Majlis ini turut menjadi simbol pengiktirafan terhadap usaha, disiplin dan pengorbanan para graduan sepanjang tempoh pengajian di Institusi Pendidikan MARA. Kejayaan graduan bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan pendidikan MARA, malah membuktikan keupayaan graduan memenuhi kehendak industri serta menyumbang kepada pembangunan negara melalui bidang profesional, teknikal, inovasi dan keusahawanan.
Oleh: firusafira



