๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ

mara

Kangar, 18 Mei 2026 โ€” Peranan wanita sebagai penggerak pembangunan komuniti, ekonomi dan pendidikan terus diperkasa menerusi penganjuran Majlis Tautan Kasih Bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) MARA yang turut mengetengahkan potensi industri Harumanis sebagai produk kebanggaan Negeri Perlis.

Program anjuran bersama Pejabat MARA Negeri Perlis dan PUSPANITA MARA yang berlangsung di Elissa Hotel and Suites, Kangar, hari ini itu menjadi platform memperkasa jaringan kerjasama, mempererat hubungan silaturahim serta memperluas perkongsian ilmu dalam kalangan warga PUSPANITA MARA melalui pelbagai pengisian berimpak tinggi.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke majlis tersebut dan keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengerusi PUSPANITA MARA, Datin Saiful Munira Md. Ali bersama barisan kepimpinan serta ahli-ahli PUSPANITA MARA.

Antara pengisian utama program ialah lawatan pendidikan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai keunikan Negeri Perlis sebagai pengeluar utama Harumanis, variasi mangga premium yang menjadi identiti dan kebanggaan negeri.

Peserta turut didedahkan kepada aspek penanaman, pengurusan kebun, pemasaran serta potensi ekonomi industri Harumanis dalam menjana pendapatan usahawan tempatan selain memperkukuh sektor agro pelancongan negeri.

Sempena majlis tersebut, Tuanku Raja Puan Muda Perlis turut berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran Sambutan Hari Wanita PUSPANITA MARA sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang pembangunan negara

Oleh: zamry