๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” & ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐——๐—œ ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—  / ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ

mara

KULIM, 21 Mei โ€“ Seramai kira-kira 300 wanita sekitar Parlimen Kulim dan Bandar Baharu menyertai Program Pemerkasaan Wanita & Komuniti MARA 2026 yang berlangsung semalam di The Event Hall, Serdang, Kedah sebagai platform meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keyakinan dalam bidang keusahawanan.

Program anjuran MARA itu memberi fokus kepada pembangunan usahawan wanita melalui pendedahan terhadap pelbagai kemudahan dan inisiatif yang ditawarkan dalam ekosistem keusahawanan MARA.

Program berkenaan telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Rosni Sohar, Ahli Dewan Negara dan Ahli Majlis MARA merangkap Pengerusi Program Pemerkasaan Wanita & Komuniti MARA. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan memperluas penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan sebagai pemangkin peningkatan ekonomi keluarga dan komuniti setempat.

Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian yang memberi nilai tambah kepada pembangunan diri dan perniagaan termasuk taklimat berkaitan ekosistem keusahawanan MARA, sesi perkongsian keterampilan wanita, inspirasi usahawan berjaya serta seminar kenegaraan yang menyentuh aspek pembangunan negara dan masyarakat. Pengisian ini dirangka bagi membantu peserta memahami peluang yang tersedia selain membina daya tahan dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.

Selain sesi perkongsian ilmu, program turut menyediakan ruang jaringan menerusi pameran dan kaunter informasi melibatkan pelbagai agensi strategik termasuk Bank Muamalat, YAPEIM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan GIATMARA bagi memudahkan peserta mendapatkan maklumat berkaitan pembiayaan, latihan dan sokongan pembangunan perniagaan.

Turut hadir ialah Encik Rizal Effendi Razali, Pengarah MARA Negeri Kedah; Datuk Haji Muhar Hussain, Pengerusi GIATMARA dan KEDA Parlimen Kulim/Bandar Baharu; serta Puan Nor Arzila Abd Rashid, Penggerak Watan RISDA (PEWARIS) Parlimen Kulim / Bandar Baharu bersama wakil-wakil subsidiari MARA dan pengawal-pengawal pusat Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Bersempena sambutan 60 tahun MARA, penganjuran program seperti ini mencerminkan komitmen berterusan institusi tersebut dalam memperluas peluang pembangunan wanita Bumiputera melalui pendekatan keusahawanan yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi, selari dengan aspirasi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

Oleh: shafiz hamzah