๐ฅ๐๐๐ ๐ ๐จ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ข๐ช๐๐๐ฆ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ฃ๐ข๐ง๐๐ก๐ฆ๐ ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ก
KUALA LUMPUR, 21 Mei 2026 โ Program Perlis Showcase 2026: Dari Sempadan ke Kota Raya hari ini disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis dalam satu majlis penuh meriah yang berlangsung di Medan MARA, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA bersama kepimpinan tertinggi MARA sebelum berkenan menyempurnakan simbolik perasmian program serta mengadakan lawatan ke reruai pameran usahawan yang menampilkan pelbagai produk tempatan Perlis melibatkan sektor makanan, pelancongan, industri halal dan perusahaan kecil Bumiputera.
Program selama tiga hari itu menghimpunkan 21 usahawan tempatan dalam usaha mengetengahkan keunikan negeri Perlis kepada masyarakat luar khususnya warga kota.
Antara tarikan utama yang mendapat perhatian baginda ialah pengisian reruai makanan tradisional negeri Perlis, produk halal tempatan serta elemen pelancongan rentas sempadan yang menampilkan keunikan negeri Perlis dan wilayah Selatan Thailand.
Program ini turut menjadi platform strategik dalam membuka peluang pasaran lebih luas kepada usahawan Bumiputera serta menyokong agenda pembangunan ekonomi setempat seiring aspirasi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
Terdahulu pada sebelah pagi, Dato’ Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA turut mengadakan sesi ๐ค๐๐๐๐๐๐๐ข๐ก bagi meninjau pengoperasian reruai pameran serta menyantuni para usahawan yang mengambil bahagian dalam showcase berkenaan.
Lawatan tersebut memberi ruang kepada beliau melihat sendiri potensi produk tempatan selain mendapatkan maklum balas secara langsung daripada usahawan mengenai perkembangan perniagaan masing-masing.
Penganjuran Perlis Showcase 2026 mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperluas akses pasaran usahawan Bumiputera di samping mengangkat identiti negeri Perlis menerusi elemen pelancongan, kebudayaan dan makanan tempatan.
Bersempena sambutan 60 tahun MARA, program seumpama ini menjadi sebahagian usaha berterusan institusi tersebut dalam memperkasa pembangunan keusahawanan Bumiputera serta membuka lebih banyak peluang ekonomi mampan untuk generasi masa hadapan.
Oleh: shafiz hamzah



