๐ง๐ฅ๐๐ก๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐: ๐๐๐ฆ๐๐๐ข๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐จ ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ก๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐๐ง๐ข๐ฅ ๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก๐๐ก
KUALA LUMPUR, 21 Mei 2026 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggiatkan agenda transformasi digital sektor keusahawanan menerusi penggunaan dashboard baharu yang dijangka menjadi pemacu utama gerak kerja pembangunan usahawan Bumiputera menjelang 2026.
Pendekatan itu diketengahkan menerusi Bengkel Dashboard dan Takwim Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA Tahun 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 19 Mei di Hotel Fairfield by Marriott, di sini.
Bengkel berkenaan menghimpunkan kepimpinan sektor keusahawanan MARA dari seluruh negara termasuk Timbalan Pengarah MARA Negeri (Pembangunan) dan Ketua Pusat Usahawan MARA (PUSMA) negeri bagi menyelaras pelaksanaan program serta memperkemas pemantauan di peringkat negeri.
Sesi amanat khas disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari bin Aziz yang menekankan penggunaan data dan sistem digital sebagai teras baharu pengurusan keusahawanan MARA.
Antara fokus utama bengkel ialah pelaksanaan dashboard interaktif baharu yang membolehkan pemantauan prestasi, KPI dan keberkesanan program dibuat secara masa nyata, sekali gus meningkatkan kecekapan tindakan di lapangan.
Selain itu, turut diberi penekanan ialah penyelarasan Takwim BPU 2026 bagi memastikan setiap program keusahawanan lebih tersusun, sistematik dan memberi impak terus kepada kumpulan sasar di seluruh negara.
Pendekatan berasaskan data itu turut dijangka memperkukuh ketelusan pelaksanaan program serta memastikan setiap peruntukan latihan, geran dan pembiayaan MARA memberi pulangan lebih optimum kepada ekosistem usahawan Bumiputera.
Program itu turut menjadi sebahagian daripada Siri Gerak Kerja Sektor Keusahawanan MARA sempena sambutan 60 Tahun MARA bertemakan โMenjunjung Amanahโ.
Turut hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA, Puan Mimi Mazlin binti Mohamad Yusof dan Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA, Encik Azam bin Jamalludin.
Oleh: shafiz hamzah



