Hebahan Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan

Pelanjutan Tarikh Tutup Bagi Tender Cadangan Membina Dan Menyiapkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ketereh, Di Atas Tanah Lot 3689, Mukim Peringat, Daerah Peringat, Jajahan Kota Bharu, Kelantan Darul Naim No. Tender : 33/2021

Dimaklumkan bahawa MARA telah membuat pindaan bagi Tender 33/2021 dan maklumat terkini berkaitan pindaan adalah seperti berikut:-

*Pihak syarikat boleh membuat penghantaran dokumen Tender ke Kaunter Tender, Tingkat 2 Ibu Pejabat MARA bermula pada jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Sebagai alternatif, syarikat juga dibenarkan untuk menghantar dokumen tawaran Tender melalui pos berdaftar/kurier. Pihak syarikat hendaklah memastikan dokumen Tender tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup Tender selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan. Dokumen Tender hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:-

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN
TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA,
21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR