MARA LAHIRKAN GRADUAN BERKEMAHIRAN, BERINTEGRITI DAN BERDAYA SAING

mara

KUALA LUMPUR, 29 OKTOBER 2026 – Keupayaan graduan memenuhi keperluan industri menjadi antara faktor penting dalam menentukan kebolehpasaran dan peluang kerjaya masa hadapan.

Sehubungan itu, MARA terus memberi tumpuan kepada pembangunan graduan melalui pendekatan 31 (Industry, Institutional dan International) yang menghubungkan institusi pendidikan dengan industri serta jaringan antarabangsa bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran, berintegriti dan berdaya saing.

Perkara tersebut dibincangkan dalam forum “Bridging Ambition and Ability: Shaping Malaysia’s Future-Ready Graduates” yang dihadiri YBrs. Ir. Dr. Mahzan Teh, Ketua Pengarah MARA, di AlCB Centre of Excellence semalam.

Forum itu turut menampilkan Dato’ V. Rathakrishnan daripada World Education Placement Services dan Prof. Dr. Ho Chin Kuan daripada Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU).

Perbincangan menekankan kepentingan memastikan kemahiran graduan sepadan dengan keperluan industri, di samping membentuk keupayaan berfikir secara kritis, berkomunikasi dengan berkesan dan mengekalkan integriti profesional.

Dalam era kecerdasan buatan (Al), graduan juga perlu mampu menilai serta mengesahkan maklumat yang dijana teknologi secara kritis dan bertanggungjawab bagi meningkatkan produktiviti.

Selaras dengan kerangka RISE (Religious, Innovation, Skills dan Entrepreneurship), MARA turut memberi perhatian kepada pembangunan sahsiah, inovasi, kemahiran dan keusahawanan.

Kerjasama strategik melalui pendekatan Co-Design, Co-Invest dan Co-Finance pula membolehkan pembangunan kurikulum, pelaburan kemahiran serta latihan disesuaikan dengan keperluan sebenar pasaran pekerjaan.

Usaha ini menyokong aspirasi MARA untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja mampu mengisi peluang pekerjaan, malah berupaya mencipta pekerjaan melalui keusahawanan.

Pendekatan ini dapat memperluas peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan potensi pendapatan dan membuka ruang lebih besar kepada penyertaan Bumiputera dalam ekonomi bernilai tinggi.

Oleh: shafiz hamzah