MRSM MUADZAM SHAH UNGGUL JUARAI PIALA ESPORTS PENGERUSI MARA 2026
KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2026- Piala Esports Pengerusi MARA @UPTM 2026 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di pekarangan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), hari ini.
MRSM Tun Ghazali Shafie muncul naib juara, dikuti MRSM Sungai Besar di tempat ketiga, manakala MRSM Tumpat B menduduki tempat keempat dalam kejohanan yang menjadi platform mencungkil bakat serta mengasah kemahiran strategik dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.
Kejohanan anjuran UPTM bertemakan Membina Jenama Universiti Bersama Anak Muda ini menampilkan dua kategori permainan, iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) secara dalam talian pada 21 hingga 25 September dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) secara fizikal hari ini.
Penganjuran ini menyasarkan penglibatan lebih 500 peserta menerusi kedua-dua kategori dengan jumlah hadiah keseluruhan RM5,000.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Prof. Dr. Sharifah Syahirah Sy. Shiekh, Naib Canselor UPTM, yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pasukan terbaik kejohanan.
Lebih daripada pertandingan esports, penganjuran ini membuka ruang kepada pelajar MRSM mengenali peluang melanjutkan pengajian di UPTM, khususnya dalam bidang teknologi digital, selain memberi pendedahan kepada kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pemikiran strategik yang relevan dengan keperluan industri masa hadapan.
Oleh: nn



