SENI MENYATUKAN BAKAT, SOAR 2026 MELAHIRKAN JUARA

mara

BANTING, 19 Oktober 2026 – Program Sound & Rhythm (SOAR) X Rakan Muda 2026 melabuhkan tirainya dengan pengumuman pemenang bagi lima kategori pertandingan yang berlangsung sepanjang empat hari penganjuran bermula 15 Oktober lalu.

Majlis Perasmian Penutupan yang berlangsung di Dewan Al-Khwarizmi, Kolej MARA Banting disempurnakan oleh Encik Maizul Deraman, Timbalan Pengarah I, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, dengan mengetengahkan tema Red Carpet Islamic Glamour.

Program pembangunan bakat anjuran Bahagian Pendidikan Tinggi MARA ini menyaksikan Kolej MARA Banting diberi kepercayaan sebagai tuan rumah bagi edisi tahun ini.

Penganjurannya turut dikuasakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Sekretariat Rakan Muda di bawah Gaya Hidup Rakan Muzik, dengan kerjasama strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan, MUAFAKAT Kebangsaan serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Kejayaan turut diraih Kolej Profesional MARA Indera Mahkota yang muncul juara Street Dakwah, Kolej Profesional MARA Ayer Molek bagi Tarian Zapin dan Kolej Profesional MARA Seri Iskandar yang mengungguli Battle of the Bands, termasuk meraih anugerah Vokal Terbalk serta Muzik Terbaik.

Kejayaan Kolej MARA Banting turut menyerlah menerusi penguasaan beberapa anugerah utama dalam kategori Teater Islamik, termasuk Naskhah Skrip, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik.

Pencapaian ini mencerminkan kepelbagaian bakat pelajar dalam bidang penulisan kreatif, lakonan dan seni persembahan.

Sepanjang penganjuran, lima acara utama iaitu Street Dakwah, Symphonic Duo, Tarian Zapin, Battle of the Bands dan Teater Islamik berlangsung di Kolej MARA Banting serta JKKN Seremban, Negeri Sembilan, sebagai platform mengetengahkan bakat dan kreativiti pelajar dalam pelbagai disiplin seni.

Lebih daripada sebuah pertandingan, SOAR X Rakan Muda 2026 menjadi platform pembangunan pelajar secara holistik melalui penerapan elemen kepimpinan, keyakinan diri, semangat berpasukan dan penghayatan nilai positif.

Gabungan seni, kreativiti serta pendidikan ini turut mencerminkan komitmen MARA dalam melahirkan generasi muda yang seimbang dari aspek akademik, sahsiah dan keterampilan.

Oleh: nn