πππͺππ§ππ‘ π¬π π§ππ πππππ‘ π ππ‘π§ππ₯π ππ π£π₯ππ ππ¦ π¨π¦ππππͺππ‘ π ππ₯π π§ππ‘πππ¨ πππππ¬πππ‘ π£ππ₯π¨π¦πππππ‘ ππ¨π ππ£π¨π§ππ₯π ππ π¦ππ₯ππͺππ
KUCHING, 11 Jun β YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah semalam telah mengadakan lawatan kerja ke dua premis usahawan bimbingan MARA di Kuching, Sarawak bagi meninjau perkembangan perniagaan serta kejayaan usahawan Bumiputera yang berjaya mengembangkan perusahaan masing-masing dalam sektor makanan dan perkhidmatan kesihatan.
Lawatan tersebut melibatkan HJ Manan Food Sdn. Bhd. dan SHA Dental Care Sdn. Bhd., yang merupakan antara usahawan yang menerima sokongan pembangunan perniagaan daripada MARA.
Lawatan dimulakan di kilang HJ Manan Food Sdn. Bhd. menerusi sesi taklimat dan lawatan sekitar premis bagi melihat operasi pengeluaran pes Laksa Sarawak yang diusahakan oleh Puan Zuriah Binti Manan.
Syarikat tersebut telah berjaya mengembangkan pasaran produk ke seluruh Malaysia dan Brunei Darussalam serta mencatatkan peningkatan jualan daripada RM2.93 juta pada tahun 2024 kepada RM3.08 juta pada tahun 2025.
Selain itu, syarikat berkenaan turut menyediakan peluang pekerjaan kepada 25 penduduk tempatan serta menerima sokongan MARA melalui kemudahan Sewaan Premis dan program Gate To Global.
YB Timbalan Menteri kemudiannya meneruskan lawatan ke Klinik Pergigian U.N.I Dental Petra Jaya yang diusahakan oleh Dr. Shahneza Binti Ahmad menerusi SHA Dental Care Sdn. Bhd.
Dalam lawatan tersebut, beliau diberi taklimat mengenai perkembangan syarikat dan perkhidmatan pergigian yang ditawarkan kepada masyarakat setempat.
Syarikat berkenaan merekodkan peningkatan jualan daripada RM859,697 pada tahun 2023 kepada RM902,682 pada tahun 2024 serta menerima sokongan MARA melalui Program Khas MARA U.N.I Dental, Skim Pembiayaan ProSPEC dan Geran ADAPT MARA.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dan MARA dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera melalui pemantauan berterusan terhadap prestasi usahawan yang menerima sokongan agensi.
Kejayaan yang dicapai oleh kedua-dua syarikat ini membuktikan bahawa bimbingan, pembiayaan serta program pembangunan yang disediakan mampu membantu usahawan meningkatkan daya saing perniagaan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.
Oleh: firusafira



