MY MESRA
Latar Belakang
Kedai Mesra Petronas merupakan satu platform pemasaran produk PKS yang sangat baik, dengan mempunyai 801 rangkaian Kedai MESRA, ia merupakan platform “fast moving” bagi produk makanan dan minuman (F&B) . Menyedari kekuatan ini, MARA mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pihak Petronas Dagangan Berhad agar dapat memberi peluang kepada usahawan PKS MARA amnya dan usahawan KPLB umumnya bagi menempatkan produk-produk usahawan Bumiputera dalam Kedai MESRA PETRONAS – MyMesra. Dengan menandatangai perjanjian (MOU) diantara MARA dan Petronas Dagangan Berhad, ia membuka laluan kepada usahawan untuk menjadi pengedar berdaftar dengan bayaran yang minima.
Objektif
- Menyediakan platform bagi memasarkan produk PKS ke Kedai MYMESRA Petronas.
- Membantu usahawan meluaskan segmen pasaran.
- Sebagai usaha memperkenalkan produk usahawan PKS ke pasaran tempatan.
Kumpulan Sasar
- Usahawan Bumiputera yang mempunyai produk berasaskan makanan dan minuman.
- Produk makanan dan minuman tersebut perlulah mendapat pensijilan halal.
- Usahawan juga perlu mempunyai kemampuan kewangan dan kapasiti pengeluaran agar bekalan penawaran di Kedai Mesra tidak terjejas .
Outcome
- Meningkatkan jualan usahawan sebanyak 10% hingga 15%.
- Memperkenalkan produk usahawan ke pasaran tempatan.
- Mengembangkan dan memperluaskan kawasan pasaran produk usahawan.
- Meningkatkan kapasiti dan kapabiliti pengeluaran produk.
Gambar Program
Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Notis Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Tarikh Kemaskini: 2 Disember 2024 pada 12:59:57
Ulasan Terkini