KP MARA BAWA ASPIRASI BAHARU, SELARAS HALA TUJU BERSAMA KSN

mara

PUTRAJAYA, 2 OKTOBER 2026 – YBrs. Ir. Dr. Mahzan Teh, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), sebagai antara langkah awal kepimpinan baharu MARA memperkukuh keselarasan strategik bersama kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam.

Pertemuan turut membincangkan hala tuju MARA dalam memperkukuh agenda pendidikan, keusahawanan dan pembangunan sosioekonomi Bumiputera, selaras dengan keperluan semasa serta aspirasi pembangunan negara.

Turut menjadi antara perkara yang mendapat perhatian ialah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), yang mempunyai nilai sentimental kepada KSN sebagai bekas pelajar MRSM Muar.

Perbincangan mengenai MRSM mencerminkan komitmen untuk terus memperkukuh institusi pendidikan MARA sebagai platform pembangunan bakat dan modal insan berdaya saing, di samping memastikan peranan MARA terus relevan dalam memenuhi keperluan generasi akan datang.

Kunjungan hormat ini menjadi titik permulaan penting bagi kepimpinan baharu
MARA dalam memperkukuh jaringan strategik kerajaan serta memastikan agenda MARA terus memberi impak kepada pembangunan Bumiputera dan negara.

Oleh: shafiz hamzah