SEKTOR KEUSAHAWANAN

Program AORA Spa (AORA) adalah sebuah program pembangunan usahawan spa secara berkonsep yang memfokuskan kepada aspek peningkatan kemahiran dalam perkhidmatan spa serta pengurusan dan pengendalian spa di outlet atau secara bergerak (mobile) dengan menggunakan jenama AORA Spa.
Program Pembangunan Windscreen atau dikenali sebagai AUTO GLASS EXPERT (AGE) merupakan program pembangunan usahawan automotif khususnya dalam bidang perkhidmatan menukar dan membaiki cermin kenderaan. Program ini merangkumi latihan secara teknikal oleh pakar industri dan latihan keusahawanan meliputi aspek pemasaran serta penjenamaan kedai berkonsep.
Beauty in Business (BiSS) memfokuskan kepada program pembangunan usahawan bidang kecantikan dan kesihatan yang mempunyai produk serta jenama sendiri untuk diketengahkan di pasaran tempatan dan antarabangsa serta program peningkatan kemahiran dalam perkhidmatan kecantikan untuk jurumekap artis (MUA).

Program usahasama MARA MySutera untuk membangunkan usahawan dalam bidang tekstile dengan membuka kedai dengan jenama “Canggih Go”.

Program Hair in Trend (HiT) Barber telah diperkenalkan pada tahun 2017 bagi melahirkan usahawan tukang gunting dan juga penggaya rambut (stylist) yang profesional dan mempunyai kedai gunting rambut berkonsepkan ‘HiT Barber’. Sehingga kini, terdapat lapan (8) buah outlet telah dibuka iaitu HiT Barber Kajang, Hit Barber Kuala Lumpur, HiT Barber Kota Kinabalu, HiT Barber Kangar, HiT Barber Larkin, HiT Barber Kuantan, HiT Barber Kuala Terengganu dan HiT Barber Bus Jerantut.

Program Halal Mart (Halmart) merupakan satu program pemadanan antara pengusaha pasaraya dengan pengeluar produk PKS.

Kraftera merupakan program berbentuk social entrepreneurship yang mana produk kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk setempat dapat menjana pendapatan mereka sekaligus dapat melahirkan usahawan kraf. Produk kraftangan yang dihasilkan meliputi anyaman, seni tenunan, seni batik, tembikar, seramik dan produk kraftangan berasaskan kayu yang akan dihimpunkan dan dilabelkan di bawah satu jenama iaitu “KRAFTERA”.
Program MARA in Fashion (MiF) adalah platfom bagi usahawan industri fesyen memperkenalkan jenama mereka melalui rekaan pakaian, kasut mahupun aksesori di pasaran tempatan dan antarabangsa. Program MiF melibatkan latihan dan one to one coaching dari aspek keusahawanan serta teknikal merangkumi empat (4) segmen dalam industri fesyen iaitu fashion designer, pattern maker, producer dan retailer.

Program pemasaran produk F & B di kedai Mesra Petronas. Kedai Mesra Petronas merupakan satu platform pemasaran produk PKS yang sangat baik kerana ia merupakan platform “fast moving” bagi produk makanan dan minuman

Program kerjasama MARA-Petronas membangunkan usahawan automotif melalui pusat servis berkonsep dan tenaga kerja mahir.

Program Pembangunan Usahawan Resort (PURE) tertumpu kepada program pembangunan keusahawanan untuk pengusaha resort dan hotel Bumiputera melalui latihan dan bimbingan oleh mentor di kalangan pemain industri dalam aspek pengurusan hospitaliti dan pengurusan perniagaan supaya setanding dengan resort dan hotel terkemuka di dalam negara.

Outlet berkonsepkan pengumpulan rangkaian produk usahawan desa premium yang berkualiti di satu pusat sehenti “one stop centre”.

Program Pengurusan Restoran bukan sahaja tertumpu kepada aspek kualiti dan rasa hidangan yang menepati citarasa pelanggan, malah ia juga menitikberatkan aspek seperti keselamatan makanan, kebersihan, khidmat pelanggan, keselamatan persekitaran, peralatan, produk, pemasaran dan sumber manusia dengan tujuan untuk meningkatkan daya saing restoran serta memperkukuhkan jenama restoran dalam industri makanan dan minuman.

Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) dalam bidang farmasi. Ia merupakan satu jaringan farmasi Bumiputera di bawah satu jenama dan satu konsep yang mampu menawarkan perkhidmatan profesional.

Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) dalam bidang perubatan. Ia merupakan satu jaringan klinik Bumiputera di bawah satu jenama iaitu U.n.i KLINIK (You and I) dengan menawarkan perkhidmatan premium di bawah satu sistem  yang cekap dengan harga mampu milik.

Merupakan Program Pembangunan Usahawan (ProSPEC) dalam bidang pergigian. Ia merupakan satu jaringan klinik pergigian di bawah satu konsep dengan jenama U.n.i Dental yang mampu menawarkan perkhidmatan profesional

ProPower

Program pembangunan teknousahawan elektrik. Ia merupakan satu jaringan outlet perniagaan di bawah satu konsep dengan jenama ProPower.